Apakah itu Ributz Starblazer?
Ributz Starblazer ialah program perjalanan pembelajaran nyanyian berkonsep reality showcase yang mengetengahkan bakat daripada pelbagai genre muzik.
Adakah ini pertandingan nyanyian?
Program ini lebih memfokuskan kepada pembelajaran, perkembangan bakat, persembahan dan pengalaman sepanjang perjalanan Starblazer.
Bagaimana proses ujibakat dijalankan?
Ada 2 peringkat ujibakat
Peringkat 1: Hantaran rakaman cover lagu (OC) di Wesing
Peringkat 2: Peserta yang terpilih akan membuat persembahan nyanyian secara LIVE di KTV Room.
Siapa yang boleh menyertai program ini?
Terbuka kepada individu yang berminat dalam nyanyian dan ingin belajar serta berkembang dalam dunia persembahan.
Berapa ramai peserta yang akan dipilih?
Hanya Top 30 Starblazers terpilih akan meneruskan perjalanan program.
Adakah terdapat yuran penyertaan?
Yuran Komitmen RM80 hanya dikenakan kepada Top 30 peserta terpilih bagi meneruskan program.
Kenapa terdapat Yuran Komitmen RM80?
Yuran Komitmen RM80 menunjukkan kesungguhan dan komitmen peserta untuk belajar, berkembang dan memberi kerjasama sepanjang perjalanan program. Yuran ini juga membantu menampung pengurusan program, aktiviti pembelajaran dan sesi bimbingan.
Bolehkah yuran dibayar secara ansuran?
Ya. Pembayaran boleh dibuat dalam 2 kali ansuran:
• RM40 — Ansuran Pertama (sebelum kelas pertama)
•